Kelembutan kalbu bergetar
Dalam diam terpana cahaya di lorong sepi
Bisa menangis, berdiri dalam kepayahan
Kecewa lagi, suratan tertulis, Lauh Mahfuz
Rindu pada-Nya kini menggamit kembali
Tersedar dari mimpi yang panjang
Akukah yang bersalah?
Atau Dia sahaja yang memang benar
Ya, Dia Maha Mengetahui
Menyedarkan aku kembali kepada-Nya
Mengusap lembut ingatan ku
Adakah hidup perlu begini
Bahagia sekelumit dirasai
Atau aku yang tidak mensyukuri
Ya,nikmat Dia luas
Hingga tidak sempat diamati
Setabah cintaku pada-Mu
Secekal rinduku pada kekasih-Mu
Aku tahu ini ikhtibar dari-Mu
Tanda kasih-Mu sentiasa mengingatiku
Sekalung syukur pada Yang Mencipta
Kesedaran ini masih belum lewat
Mengutip setiap helaian pengajaran
Di dada bumi-Mu
Bawah rimbunan nikmat-Mu
Kini, cinta-Mu Ya Allah
Mengiringiku dalam perjuangan hayat
Bagi insan bernama manusia…
Pena suhaiza_shuhaimi
14/04/07/20.38 mlm at home!
No comments:
Post a Comment