Monday, August 15, 2011

Buah Cinta Kita


Kehadiran yang tak disangka
Entah bila rindu ini menyapa
Bilamana kasih ini terterpa
Atau aku tidak menyedarinya
Hakikat sebuah cinta
Bisakah melafazkannya
Insan yang tidak aku jangka
Hadir umpama sinar cahaya
Yang memberi sejuta bahagia
Kala kasih dihulurkan
Jiwa ini separuh cuma
Kerana masih hanyut dalam kelukaan
Tidak pernah sebahagia begini
Andai tidak membuka pintu hati
Rindu, cinta, kasih seringkali menyulami
Belum pernah menatap wajah
Namun cinta kian memerah
Semerah warna cinta kita
Di balik matamu, ada renungan ku
Di balik senyumanmu, ada kegembiraan ku
Di balik hatimu, ada cinta ku
Impian cinta tidak pernah lari
Dari kotak ingatan kenangan ku
Ingin sentiasa di sisi, selalu
Bersama menempuh liku-liku
Dugaan dunia namun tidak lupa ukhrawi
Seluas nikmat Allah
Begitu juga besar pemberian-Nya padaku
Kesyukuran sentiasa meniti di bibir tanpa jemu
Kerna ku tahu kau insan terbaik buatku
Cinta padamu tidak pernah pudar
Malah semakin mekar, semekar rindu dihatiku
Tidak pernah ku rasai cinta sehebat ini
Selepas cinta dari-Mu Ya Rabbi
Doaku moga cintaku padamu
Mengiringi kita sentiasa di dunia dan akhirat
Saat akad terlaksana
Itulah saat bermula untuk ku buktikan
Betapa cintaku padamu
Tidak dapat terungkap dengan kalam
Hanya kita bisa memahami dan merasai
Tika mata dan hati menguasai segalanya.

Pena suhaiza_shuhaimi
1 Jan '11/12.30 mlm/at home

No comments:

Post a Comment