Monday, August 15, 2011

Cinta Hati

Dalam kejauhan malam
Aku sendiri lagi
Menginsafi diri
Betapa terlalu duniawi
Ya Rabbi…
Aku sering sEndiri
Kenapa?
Adakah ditakdirkan begini
Mencari cinta manusia
Yang abadi
Yang hakiki
Yang sejati
Kanapa ya Allah..
Aku merindui
Aku mencintai
Aku mengasihi
Tapi pada siapa
Pada siapakah perasaan ini
Seorang diri melihat langit
Merenung air lautan
Nerasai sentuhan bayu
Mengagumi kebesarnMu
Ya Allah…
Temuilah aku dengan insan ini
Satukan hatiku dengan insan ini
Sentuhi hatinya
Bisikkan kalimah cintaMu dalam hatinya
Aku mencintai kerana kurniaan rasa ini
Terlalu mencintai
Pandulah diriku
Tunjukkan ku jalan
Jalan yang bisa ku perolehi restuMu
Langit malam yang cerah
Seakan memahami
Hatiku yang sedang menyepi
Sepi menanti insan yang aku cintai

Pena suhaiza_shuhaimi
Dis 22 07/2.00 pg/at home

No comments:

Post a Comment